Monday, December 31, 2012

Alhamdulillah ....




  lama saya diam dan membisu dari blogging and malam ini , detik ini dengan izin dariNYA saya mula aktif dalam berblogging balik . syukur kepadanya masih bernyawa hingga detik ini . alhamdulillah , alhamdulillah  , alhamdulillah . terlalu banyak nikmat yang diberikan kepada kita . adakah kita bersyukur ? adakah kita angkuh kepadanya ? Allahuakbar , ampunkan dosa hambamu ini ya Illahi .

  sesaat dalam hidup kita sangat penting , penting untu kita terus mengumpul bekal untuk kembali ke tempat abadi dan hakiki iaitu di akhirat . bersediakah kita ? layak kah kita ke syurgaNYA ? ALlahurabbi .  masih belum terlambat untuk kita bertaubat dan bertaubatlah dari sekarang , ucaplah alhamdulillah kerana masih berpeluang untuk sujud kepadanya . terima kasih tuhan ku :)

  bukankah ALLAH itu maha pengampun , buktinya

“Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah membuka tangan-Nya pada malam hari supaya orang yang melakukan kejahatan pada siang hari bertaubat, dan Dia membuka tangan-Nya di siang hari supaya yang melakukan kejahatan pada malam hari bertaubat hingga matahari terbit dari barat.” (HR Muslim)

berbermakna Allah sentiasa mengampunkan umatnya sehinggalaah matahari terbit dari barat yakni hari kiamat , ucaplah alahamdulillah kawan kawan sekalian kerana Allah  sayangkan kita semua . bersyukurlah dan bersyukur .

   setiap terbinanya sebuah masjid iaitu dengan bernikah , Allah telah janjikan kebahagiaan dan rezeki yang melimpah limpah . bersyukurlah . Allah itu maha adil . dimana Allah berfirman 

"lelaki yang baik untuk wanita yang baik"

bermaksud jadilah dirimu seorang yang beriman , dan yakinlah Allah akan hantarkan kepadamu pasangan yang juga beriman . ucaplah Alhamdulillah . ucaplah wahai sahabat , janganlah kamu ingkar akan perintahnya , jangan lah kamu angkuh . ingatlah , segala yang kamu miliki hanya lah pinjaman dariNYA , kamu tidak punya apa apa. 


allahurabbi , sekadar renungan di tengah malam . semoga dakwah kecilan saya ini mampu mengubah hati seseorang menjadi lebih lembut untuk terus bersujud kepadanya . ALLAHUAKBAR ! 

Wednesday, November 21, 2012

AIN IMAN FEAT NORA DANISH




Hello semua . before kita start dengan topik kita hari nie. ayuh lah kita berdoa keja je . okey , sama sama doa [YA ALLAH, HANCURKANLAH YAHUDI DAN SELAMATKANLAH BUMI GAZA.AAMIIN] . baiklah , back to our topik . maaflah , terlalu lama menyepi , bukan hape nak suruh korang rindu je . biasalah si kenik ain iman nie perasan orangnye . kepada followers mohonlah cakap saya ni kiut lagi cantik macam nora danish . ahaksss !

  ehem ehem ehem ! lets see topiks . nora danish tersangatlah sinonim dengan kemanjaannye dalam AKU TERIMA NIKAHNYA bagai . meletop baq ang ! mama gojes ! so today adalah si pendek lagi rendash nie yang kiut macam hello kitty nie nak membajetkan diri jadi cik puan NORA DANISH .

    lets see, adalah dua tiga lapan hari lalu , cik iman yang tak tahu erti malu ini membajetkan diri buat muka kiut metap metap macam kak nora kita nyh . biase lah .. jiwa wanita gitu . ahakss! tapi tak jadik pun . keredhaan melanda diri ini. mohon tutup mata kalau tak suka . sekian :)


she is mama gojes , nora danish !

and she....




.

.
.

.
.
.
.
inilah budak bajet itu . namanya AIN IMAN .


same tak ? same tak ? mohon jangan ade yang muntah hijau lagi pinky . siaran kat sini tak okey . """"""""""" bye :)

Wednesday, September 12, 2012

BERGURAU ? JADI MESRA ATAU MUSUH ?




  selamat petang para penghuni bumi malaysian dan di mana jua berada . dah lama tak hupdate muka buku . sumpah tak ada mood nak bukak belog ni . tapi iman gagahkan jua sampai muntah pinky winky nak hupdate belog nyh . by the way iman sendiri dah didedahkan dengan cara bergurau dengan lurus dan straight . oleh kerana dek korang yang comel comel dan kacak kacak nie tak tahu cara bergurau ni so iman sharing tau !

    korang tahu tak kalau kita nie niat nak bergurau dengan cik kak dan cik abang serta cik adik jua , kita hingat kita nak eratkan hubungan isi dengan kulit je kan tapi carta kita bergurau tu tak elok then boleh jadi gaduh , kalau gaduh manje itu sungguh ohsem kau dik tapi kalau gaduh hentam dengan kerusi kat kopitiam tu lagu mane pulak ? so meyh kita hayati garis pandaun bergurau ! jangan malas nak carik ilmu . carik , kejar sekali yee.. !



Umumnya garis panduan bergurau dan jenaka dalam Islam adalah seperti berikut:
1) Jangan berdusta.
Contoh yang mashyur ialah ramai yang berjenaka dengan cara mengenakan rakan mereka dengan ’April Fool’.Akibatnya ada yang merasa sakit hati atau terguris perasaan. Jadi tujuan sebenar bergurau tidak tercapai kerana ada yang merasa dirinya tertipu. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa!” (AbuDaud)
2) Jangan menjatuhkan maruah orang lain.
Rasulullah saw pernah bersabda, maksudnya: “Cukuplah keburukan bagi seseorang yang menghina saudaranya sesama muslim.” (Muslim)
3) Berpada dan sederhana.
Rasulullah saw pernah bersabda: “Janganlah kamu banyak tertawa, kerana banyak tertawa itu dapat mematikan hati.” (Tirmizi). Hadis ini bukan melarang ketawa kerana ketawa adalah fitrah manusia. Yang dilarang adalah banyak ketawa. Saidina Ali r.a pernah berkata: “Berilah jenaka dalam perkataan dengan ukuran seperti anda memberi garam dalam makanan. Said bin Ash telah memberi nasihat yang baik dalam perkara ini seperti katanya: ”Sederhanalah engkau dalam bergurau kerana berlebihan dalam bergurau dapat menghilangkan harga diri dan menyebabkan orang-orang bodoh berani kepadamu, tetapi meninggalkan bergurau akan menjadi kakunya persahabatan dan sepinya pergaulan.”
4) Jangan sampai menakutkan.
Rasulullah saw telah bersabda maksudnya: “Tidak halal bagi seseorang menakut-nakutkan muslim yang lainnya (At-Thabarani)
5) Sesuai dengan masa dan tempat.
Tiap-tiap sesuatu ada tempatnya, tiap-tiap keadaan ada (cara dan bentuk) perkataannya sendiri. Allah swt mencela orang-orang musyrik yang tertawa ketika mendengarkan al-quran padahal seharusnya mereka menangis seperti maksud firmannya:
“Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis sedang kamu melengahkannya (An-Najm:59-61)
Di samping menjaga syarat-syarat di atas, gurauan yang kita lakukan mestilah dapat diterima oleh fitrah yang sejahtera, diredhai akal yang waras dan secocok dengan tatasusila kehidupan masyarakat yang positif dan kreatif.
Sekian
WallahuA’lam
Rujukan:
1) Dr. Yusof Al-Qaradhawi, Al-Mujtama’ Al-Muslim Allazi Nansyuduhu.
2) Dr. Yusof Al-Qaradhawi, Halal dan Haram dalam Islam.
3) Pelbagai.
Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS


   confirmlah lepas nie korang bergurau selembut sotong yer kawan kawan semua ! sekian saje , iman angkat kaki dulu . assalamualaikum ^__^


Monday, August 13, 2012

HEBAT JADI ISTERI !




mung bangung pagi , mung gerok suami ,
mung ajok suami berjemooh , mung jd makmung ,
mung masok , mung gosok baju suami ,
mung sedie kasut stokeng untuk suami ,
mung kuca tea , mung ato suami ke pitu pago , mung cium tangang ye ...

mung mitok maah ...
mung dok rehak ...

mung basoh baju pulok , mung pon lipak baju ,
mung kene tunggu van ikang pulok , mung beli laok maok ,
mung masok pulok , mung siang ikang ,
mung potong sayor , mung ggoreng ...

mung letih ...
mung dok rehak ... 

tengohari , anok anok balik ,
anok tu lepo beg ngate , mung sabo ,
anok tu wak bising , mung redho ,
anok tu wak hhanya , mung senyum ,
anok tu nangih , mung tetak manih ...

mung taboh ...
mung dok rehak g ...

mung hidang makang tengohari ke anok ,
mung tukang suap , mung tukang basuh ,
mung tukang lap , mung tukang kkemah ...

sapa petang ...
mung dok rehak ...

suami pulok balek , mg belari cium tangang ye ,
mg mitok maah , mg hidang ke dye minung petang ,
mung bagi senyumang ke ye , mung hiborkang ati ye ...

mung letih ...
mung nyando tepi meseng nyo ...

garib tibe , mung ajok suami g ddengo kuliah ,
mung sedie juboh suami , mung sarong ppioh suami ,
mung hiborkang lagi , lagi dan lagi ...

mlm tibe , mung jd permaysuri ,
mung bahagiakan suami , mung jd bidadari ...

dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge ...


*hebak mung orang ppuang ... :)



#OHHHHH ~~~ syurga di bawah tapak kaki suami ... via MR. HUSBAND

Saturday, August 11, 2012

surat buat suamiku...




Buat suamiku yang romantis lagi tercinta,
terima kasih sebab selalu cakap ‘RINDU KAT AYANG’
walaupun ayang ada depan mata dan hari2 jumpa
terima kasih sebab hari2 abang pakaikan bedak kat muka ayang
mesti abg cakap ‘COMELNYER UCUK ABG NI’
Ayang bahagia dengan abang yang sangat romantis
kalau dulu ayang selalu masak,basuh baju,kms rumh sndiri
TAPI sekarang ada abang,yang sentiasa disisi ayang
abang selalu cakap ‘JOM KITA BEKERJASAMA SAYANG’
Auat suamiku yang romantis lagi tercinta,
abang lah HERO ayang sekarang
satu hari tuh ayang menjerit sekuat hati
rupanya ada LIPAS!!ayang nangis2 takot,geli semua ada
abg belari mendapatkan ayang
abg ckp ‘LIPAS ni nak kono ni,syg jangan nangis meh kat abg’
Ayg bahagia,walaupun abg bkn seorg ustaz,tak pkai serban,jubah
TAPI ABANGLAH SEGALANYA!!
setiap hari sebelum tido mesti abg bobokkan ayg sambil nnyi Lagu kita
setiap hari ada jer tazkirah yang abg nk crite dkat ayang
apa2 jer soaln yang ayang tanye mesti abg dengan PENUH YAKIN nyer jwb
abg cakap ‘ABANG SUKA MEMBACA, SEBAB TUH ABG BOLEH JWB
APA YG AYANG TANYER,’
lepas tuh mesti abg tarik pipi ayang.. EII MERAH dah
Buat suamiku yang romantis lagi tercinta
abg sekarang makin gemok dah,ayang makin tembam dh
SEBAB ‘KITA BEDUA BAHAGIA’
abg kuat makan ayg kuat mkn juge
walupun GAJI abg xseberapa tapi KITA tak mkn psir pon kan abg..
kerana kita percaya pada yang ESA,
REZEKI MURAH LEPAS KITA BERKAHWIN 


#i love you MR HUSBAND :)

Monday, June 4, 2012

kami kembar dan kami bahagia :)

asssalamualaikum semua...

lamakan ain menghilangkan diri... by the ways even ain nie bukan blogger pemes macam yuyu zulaikha ke hape ke.. ain tetap nak menaip jugak. hahaha. harap korang tak menonggengkan diri ye. korang korang korang ! malam tadi ain menanges macam nak rak sebab cinta. korang tau apa itu cinta? ain pun tak faham even sekarang tengah bersedih sebab si dia dah tinggalkan ain 100%. but life must go on kan sayang semua?

okey ,sat nak possing !! taraa~~



nahhh!!! yang sebelah tu kembar ain tau!haha. okey tipu sat. tu aunty kesayangan ain. dia selalu ada untuk ain . dialah yang salu marah2 ain , ketawa sesama . keseluruhannya semua sama2 lah. haha! ain kenal cinta pun dia yang kenalkan. biar pun tak bersama dah ain tetap sayang dia. dah back to our topik , kalau dah jodoh tak kemana kan? korang moh la nengok gambar tu sampai muntah. same tak?? cepat cakap kita org kembar, ppoke kan! heuheuheu . tis sikit! muah! okey cik ain single mingle so bole usha. haha! malas nak pikir sangat bab cintan cintun. kalau da jodoh~~~~ jawab cepat.. tak kemana kan? tapi....... hurmmm.... biarlah rahsia.  take care kalian! bye :*

Monday, May 28, 2012

•✿..tasbih sepi dlm istikharah cinta..♥

•✿..tasbih sepi dlm istikharah cinta..♥

Ya ALLAH..
Jika ada 2 pilihan..
diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya
Jika ada 10 pilihan..
diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya
Jika ada 100 pilihan..
diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya

Ya ALLAH..
jika hanya ada 1 pilihan..tidak ada dia dlm pilihan itu
maka, aku pun akan menerimanya sbg PEMBERIAN TRBAIK dari_Mu
buatlah aku mencintai pilihan yg Engkau berikan
buatlah aku setia pada pilihan_Mu..
buatlah aku menyayangi pilihan yg Engkau amanahkan..

..Amin Ya Rabbal A'lamin..


:: teman hati ::

salam cinta dari aien stelysha

Tuesday, March 20, 2012

debaran melanda ...




   *aiyooo..mama sama papa biking pusing lox... bisa ngak bilang ngak apa-apa ah apapun result yang aku dapat esok...* hah... nie lah dialog yang semua kakak/abang/adik tengah pikiq kan??? kalau ada parents macam ni confirm muka korang tersenyum lebar sampai tercabut gigi pelesu kan? untunglah. ^_^
   esok bertanggal 21 mac 2012 bersamaan pada hari rabu, semua ex students SPM 2011 p hambik result. malan ni memang sah tak dapat tidur kan? tawakkal banyak-banyak. ain nak tolong tenangkan pun tak ada kaedah yang berkesan kecuali buat tak tahu. huehue. :) bertawakkal sahaja lah ye si comel sekalian..

   ain nak wish kuat-kuat sampai korang tak debar bagai dah yee.sedia sedia dan mula! go!!! GUD LUCK SEMUA BATCH 94'!!!!! okeyh dah.. usha lagi picture kat bawah eh.
motif? untung buat korang jeles yaw! @_@
meyh tengok picture kek yang ain buat ni untuk hilangkan debaran sesaat sehingga terkeluar bijik mata korang ye.

 hah! amacam terleleh air liur sampal ke kuku kaki tak? comot kan kek pelangi comel tu resepi dari sendirian berhad tahu. esok boleh kahwin dah. k,meyh hantar rombongan meminang ke rumah yee. okey, tata :)

Monday, March 12, 2012

berkahwin di usia muda menyelamatkan diri

 assalamualaukum semua dan selamat malam...



   bertarikh 13 mac 2012... aien nak share tentang kelebihan kahwin muda kepada semua pasangan- pasangan couple diluar sana yaw. musim sekarang kan mesti banyak dapat jemputan majlis walimatul urus sampaikan penuh kat dalam almari simpan kad-kad yang dapat kan? kan? *mohon senyum jika betul* so mesti terasa jugak kan nak berkahwin kan? tapi muda lagi,apa pulak masyarakat pandang kan? mesti dah serong-serong ke kiri pandang nya kan? pedulikan kata mereka! ALLAH lebih tahu segalanya,bukan mereka yang tentukan syurga neraka seseorang kan? so jom baca kelebihan berkahwin muda! bercinta selepas kahwin itu lebih berkat! insya ALLAH...




Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam dan satu-satunya layak untuk disembah. Selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari kiamat.
Menangguh-nangguh untuk bernikah akan menyebabkan kerugian.
Berikut adalah penjelasan dari ulama besar Saudi Arabia, Syeikh Dr. Sholih bin Fauzan bin ‘Abdillah Al Fauzan yang dipetik dari Web Sahab.net untuk dijadikan panduan kepada kita semua.

Faedah pertama: Hati semakin tenang dan sejuk dengan adanya isteri dan anak
Di antara faedah bernikah awal adalah lebih mudah menghasilkan anak yang dapat menyejukkan jiwa. Allah Ta’alaberfirman,
Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. ” (Al Furqan: 74)
Isteri dan anak adalah penyejuk hati. Oleh kerana itu, Allah SWT menjanjikan dan mengabarkan bahawa bernikah dapat membuat jiwa kita semakin tenteram. Dengan bernikah, seorang pemuda akan merasakan nikmatnya ketenangan.
Demikian pula dengan anak. Allah pun mengkhabarkan bahawa anak adalah separuh dari perhiasan dunia sebagaimana firman-Nya,
Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan. ” (Al Kahfi: 46)
Anak adalah perhiasan kehidupan dunia. Setiap manusia pasti  menginginkan perhiasan yang menyejukkan pandangan. Manusia begitu suka mencari harta dan manusia juga berasa senang jika memperolehi anak.
Sedangkan untuk kehidupan akhirat, anak yang soleh dan solehah akan terus memberikan manfaat kepada kedua orang tuanya, sebagaimana Nabi SAW bersabda,
Jika manusia itu mati, maka amalannya akan terputus kecuali tiga perkara:
[1] ilmu yang bermanfaat,
[2] sedekah jariyah,
[3] anak sholih yang selalu mendoakannya.”
Hal ini menunjukkan bahawa anak  memberikan faedah yang amat besar dalam kehidupan dunia dan juga setelah kematian kita.
Faedah kedua: Bernikah akan meningkatkan bilangan umat Islam.
Bersegera menikah juga lebih mudah memperolehi anak, sehingga umat Islam pun akan bertambah banyak. Oleh kerana itu, setiap manusia dituntut untuk bernikah demi membentuk masyarakat Islami. Rasulullah SAW bersabda :
Menikahlah umatku. Kerana aku begitu bangga dengan banyaknya umatku pada hari kiamat.
Ini bermakna menyegerakan untuk bernikah memiliki manfaat dan kesan yang luar biasaWalaubagaimanapun, beberapa persoalan sering timbul jika berkahwin di usia muda.
Ada yang mengatakan bahawa nikah di usia muda akan membuat lalai dari mendapatkan ilmu dan menyulitkan dalam belajar. Ketahuilah, rintangan seperti ini tidak benar sama sekali. bahkan sebaliknya. Kerana bersegera menikah memiliki keistimewaan iaitu lebih mudah merasa ketenangan jiwa. Ketenangan ini akan menjadi penyejuk jiwa dan dengan adanya isteri dan anak, ianya akan dapat lebih membantu seseorang untuk mendapatkan ilmu. Jika jiwa dan pemikirannya telah tenang oleh kerana isteri dan anak berada di sampingnya, maka ia akan semakin mudah untuk mendapatkan ilmu.

Jika seseorang yang belum bernikah, maka pada hakikatnya dirinya terus terhalang untuk mendapatkan ilmu. Fikiran dan jiwanya masih kurang merasakan ketenangan, maka ia pun sukar mendapatkan ilmu. Namun jika ia bersegera menikah, lalu jiwanya tenang,  maka ini akan lebih akan menolongnya. Inilah yang memudahkan seseorang dalam belajar dan tidak seperti yang dinyatakan oleh segelintir orang.
Rintangan kedua:
Ada yang mengatakan bahawa nikah di usia muda dapat membebani seorang pemuda dalam mencari nafkah untuk anak dan isterinya. Rintangan ini pun sebenarnya tidak boleh diterima. Pernikahan akan sentiasa membawa keberkatan (bertambahnya kebaikan) dan akan membawa kepada kebaikan. Bernikah bererti melakukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.
Seorang pemuda yang bernikah bererti telah menjalankan perintah Rasulullah SAW. Dia  juga mencari janji kebaikan dan membenarkan niatnya, maka inilah yang sebab datangnya kebaikan untuknya. Ingatlah, semua rezeki itu di tangan Allah sebagaimana firman-Nya,
“ Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya.” (Hud: 6)
Jika engkau menjalani nikah, maka Allah akan memudahkan rezeki untuk dirimu dan anak-anakmu. Allah Ta’alaberfirman,
Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka.” (Al An’am: 151)
Dengan ini, dapatlah kita tahu bahawa bernikah sebenarnya tidaklah membebani seorang pemuda sebagaimana anggapan sebelum ini bahawa bernikah dapat membebani seorang pemuda di luar kemampuannya. Ini tidak benar. Kerana dengan menikah, kita akan semakin mudah unutk mendapatkan kebaikan dan keberkatan hidup. Menikah adalah ketetapan Allah untuk manusia yang seharusnya mereka jalani. Ia bukan semata-mata khayalan. Menikah juga merupakan salah satu pintu yang mendatangkan kebaikan bagi siapa yang benar niatnya.
Wallahualam…
sumber:PANDUAN ISLAM.com

Tuesday, March 6, 2012

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!



selamat petang everybody. erh korang penah dengar tak buat duit guna bende alas nie?? cuba korang usha-usha yer. jangan asyik berbelog luahkan perasaan je tau. cubalah buat duit . duit poket gitu. just share iklan je sayang.


ce click sini ye ^_____^ then daftar ye sayang :)

Monday, February 27, 2012

tutorial buang timeline



selamat pagi kepada semua warga facebook and family blogger yee. maaf, sedikit lewat buat entry hari nie ekoran kesihatan tidak mengizinkan aien untuk duduk depan lappy dna tekan-2 lappy untuk hasilkan entry demi entry. so memandangkan terlalu ramai yang inbox then add then chat tanya macam mana nak remove bende alas timeline kat facebook tu so aien dengan tulang sekerat dan mata tongkatkan dengan bulu mata buat entry ni. so thanks for aunty chua yang gitahu pasal kita tau cara nak remove bende tu so ramai yang datang mengetuk pintu rumah kita yee. tak apa,saya bukan singa dan harimau. saya baik orangnya . tanya lah.
  baiklah,melalut di lewat pagi so nah caranya. korang semua download bende nie guna brownser kornag guna yeee.. pastikan click kat picture berwarna warni tu yee.. yang bolat tu. okey.


DOWNLOAD
PILIH BROWSER KORANG (aku guna GoogleChrome. lul)
(VERSION 0.3)

     


 then korang install okey. and ade satu huruf "t" colour biru kat sebelah kanan korang kat tepi link adress browsers korang tu. korang jangan usik tau. so dah ada bende comel tecik tu korang buka wall facebook korang. masih timeline ke? tak kan? kalau dah korang jemu pakai old facebook . nak guna timeline balik? boleh. just go kat tanda "t" tadi then click biar ada tanda pangkah colour merah so boleh guna timeline yee...selamat mencuba..

p/s:lappy yang install bende alas software ni je boleh nengok fb kite dalam old layout but orang akan tengok still dalam timeline oke. tak kisha kan asalkan kita tak menyemak kan? okey all. selamat malam. dah jadi sila tinggal jejak di mane2 tempat disini. click like okey! and share ngen kawan2! bye! :)

Sunday, February 19, 2012

AIEN STELYSHA: entry pasal satey versi diri sendiri




   solamat potang aden nak ucapkan kat semua rakyat malaysia. kita kan satu malaysia. tak cenggitu? eh, korang ce up sikit mata korang baca elok-2 tajuk entry pasal apa? cuba ulang sekali lagi. baiklah pelajar semua. sila buka muka buku dan chek  friend request , inbox and notification anda ye . mohon jangan buka mana-2 game sebab disini cikgu aien ada satu cerita yang boleh buat korang terduduk tersipu malu. auuu mak!

   seperti sedia maklum*tidakkah anda perasan,ayat sebelah nie seperti diguna tyme spm kan?*  tajuk entry di atas sungguh menarik tertarik kau memang cantik kan? baiklah . korang semua memang penggemar satey. tak kiralah satey ape pun asalkan halal disisi agam islam. kalau satey ayam 5o$ satu ye di era moden ni. sumpah mahal gila . aien ingat pulek time tecik-2 dulu , mesti p pasar malam cakap mcm nie makcik,satey ayam rm1. sebab masa tu rm1 dapat 5 batang dah. kan? bestnye sampai hingus meleleh ke lutut. tapi apakan daya makcik ye, zaman sekarang nak makan manyak silalah buat dengan bertungkus lumus di ikuti dengan bara api yang panas.


   so dengan segala hormatnya ,aien bermulalah buat satey sendirian berhad dengan family tercinta.  buat rempah satey sendiri. pertama kali buat berdebar bagai nak rak tahap max sampai terkeluar air mata takut tak menjadi. nak tau ramuan? lain kali lah share dengan korang.mohon jangan menangis okey!  so tadi aien kena bakar satey 300 batang seorang diri. macam nak masak tangan duk kat tepi api. so sekarang dah sodap boleh makan sudah. silalah makan kalau tak malu. kalau tak best mohon paksa rela kata best dengan penuh yakin sehingga korang terbeliak mata okey!


nah!!!! baru je ambil pic niyh sebab just nak bagi korang semua jeles! tapi aien buat taklah sesedap korang buat yee.. mohon ampun beribu ampun sampai ke hujung kuku yee.. satu lagi, nasi impit tu kita orang lupa nak beli dekat kedai yang NONA tuu.alaaa. iklan kat tv selalu ada sampai calar screen tv kite tu.. tapi kita buat sendiri jeeee.... hihi... okey..selamat menjami selera ye.. :)

Friday, February 17, 2012

aien stelysha: resepi kek buat gadis di dapur




     selamat malam para gadis yang comey dan  kepada  mama-2 juga yee. sungguh sibukkan diri sampaikan mata dah jadi panda disebabkan terlalu buat kerja dengan gigihnya ye. maafkan aien sebab tak sempat nak hupdate belog pinky yang dag berasap berdebu berapi ni. nasib berfungsi lagi ye.*nak sebokkan diri merepek sebntar harap tidak ada yang tertidur depan lappy*


    okey lah semua sayang-2 semua. tak nak buat essay kat sini nanti tekan manyak-2 kali keyboard ni karang ada pulak tak dapat guna sebab rosak. nak sharing dengan korang resepi buat kek marble.  apakah kek marble? korang tahu ke apakah kek itu? alahai,ibu suka buat time raya sebab kek tu cantik bagaikan  anak pak seman dekat hujung kampung tu. korang ape tahu? hihihi. *merapu bin garfu bin kungfu sudeh.huehue*


    baiklah mak dara dan anak dara sekalian. nah pic kek marble tu.
sila click pic nak tengok besaq-2~



RESEPI YANG PERLU KORANG LETAK YE KALAU NAK JADI KEK MACAM DIATAS NI.... CONFIRM KORANG TAK TANYE LAGI KENAPA BERCORAK NOMEY2 TU KAN??? SHUUU TUDIA.. TEKAN LAGI BAWAH YE..


Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )

  • 300 g mentega, pada suhu bilik
  • 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
  • 5 biji telur Gred A
  • 250 g gula kastor
  • 1 camca besar Ovallate
  • 30 g Gliserin
  • 20 g air
  • 1/2 camca teh esev vanilla
  • 1/2 camca teh strawberi emulco
  • 1 camca teh coklat emulco

Cara-cara

  1. Step_by_step_017
     Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
  2. Step_by_step_019
     Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
  3. Step_by_step_018
     Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
  4. Step_by_step_020
     Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
  5. Step_by_step_021
     Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
  6. Step_by_step_022
     Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
  7. Step_by_step_023
     Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
  8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.
--->PESANAN RINGKAS DARI AIEN SENDIRI
*sila jaga keselamatan anda didapur...
*sila buat dengan ikhlas agar kek dibuat sedap...
*sila ikut arahan sebaiknya...
*sila komen jika kek kornag menjadi dengan sebaiknya...


--->INFO
*credits tomy resepi.com


~~~~selamat mencuba!good luck!!!~~~~

Tuesday, January 24, 2012

AIEN STELYSHA: belajar menerima :)





Hidup ini semakin hari semakin banyak pula dugaan. Dugaan semalam belum lagi tamat, datang pula dugaan dan cubaan pada hari ini. Namun, sebenarnya tanpa kita sedari dugaan tersebut sebenarnya telah mengajar kita. Mengajar kita erti menerima.
Setiap anak Adam di atas muka bumi ini telah ditentukan Allah ajalnya, rezekinya, jodohnya dan menjadi orang yang sengsara ataupun sebaliknya sejak azali lagi. Sebagai contoh:
Hari ini Aminah makan nasi goreng dan air laici, malamnya pula Aminah makan mee goreng dan air masak. Jadi, di sinilah ketentuan Allah bahawa rezeki Aminah dari segi makanan, minuman dan sebgainya telah ditetapkan baginya.
Begitu juga rezeki dari segi Belajar. Sebagai contoh: Aminah merupakan pelajar SK. Fakeh Abdul Samad, setelah itu dia melanjutkan pelajaran ke SMK. Seri Mahkota. Kemudian tamat sahaja SPM, dia melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan kemudian menyambung pelajaran ke Universiti Malaysia Terengganu. Ini semua merupakan ketetapan Allah kepada setiap hamba-Nya. Suatu ketentuan yang telah ditetapkan sejak azali lagi.

Ketika Aminah di sekolah, matriks dan universiti banyak pula cabaran dan dugaan yang diberikan Allah sesuai dengan kesanggupannya. Segala dugaan dan cabaran yang ditempuhi haruslah diiringi dengan kesabaran dan kecekalan. Bagaimana untuk menerbitkan rasa sabar?
Rasa sabar insya-Allah dapat dilahirkan apabila seseorang itu belajar untuk menerima. Belajar untuk menerima segala ketentuan Allah. Apabila seseorang itu menerima segala dugaan Allah dengan sabar. Maka ganjaran yang besar akan diperolehi di dunia bahkan ganjaran yang sangat besar di Akhirat.
Usahlah khuatir, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Segala kesusahan yang kita hadapi moga dapat memberi suatu hasil yang lumayan di dunia dan di Akhirat kelak.
"Bersama kesusahan ada kesenangan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan."
[al-Insyirah, ayat 5 dan 6]

Usaha, Doa, Tawakal dan Redha

Bagaikan suatu formula pula. Usaha + Doa + Tawakal + Redha = TENANG. Sudah pasti ketenangan dapat dihasilkan apabila menggunakan bahan-bahan seperti Usaha, tanpa usaha kita tidak mungkin berjaya (dengan izin-Nya), kerana Allah tidak menyukai hamba-Nya yang selalu berdoa tetapi langsung tidak berusaha, sebagai contoh:
Ali sangat lapar ketika itu, dia terus berdoa kepada Allah agar memberinya makanan. Namun begitu, dia langsung tidak berusaha untuk mendapatkan makanan.
Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu melainkan dia berusaha untuk mengubahnya sendiri. Ya, USAHA!
Doa merupakan senjata orang Mukmin, berdoalah dan jangan sombong! Allah tidak menyukai hamba-Nya yang sombong iaitu yang selepas selesai solat, langsung tidak berdoa meminta kepada Allah.
Setelah kita masukkan bahan usaha + doa, kita campurkan pula ramuan Tawakal. Tawakal bererti berserah kepada Allah.

Bahan yang terakhir adalah Redha, sebagai contoh apabila seseorang itu memperoleh keputusan peperiksaan yang tidak cemerlang, seharusnya dia redha, walaupun dia sudah berusaha dan berdoa sehabis mungkin. Bersangka baiklah pada Allah S.W.T kerana Dia lebih mengenali diri kita berbanding, kita mengenali diri sendiri. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya.

Maka,apabila kita redha. Bahan-bahan tersebut telah membuatkan kita mencapai tahap REDHA.
Insya-Allah
Wallahualam....