Thursday, January 3, 2013

borong mini kurung saloma peplum murah




 hai guys , ramai masih tidak tahu pemilk blog ain iman journey atau dulu lebih diekenali sebagai aien stelysha sekali gus pemilik facebook PRINCESS PINKZ , twitter ain_iman memiliki butik sendiri dikenali sebagai AIN IMAN BOUTIQUE yang dulu hanya butik online sahaja .
 
   terima kasih semua tau sebab sedikit sebanyak telah menyokong iman dalam perniagaan , syukur kepada illahi telah terkenankan doa saya . alhamdulillah semua :) saya masih baru lagi dalam bidang ini dan berharaplah dengan usaha titik peluh saya sendiri bolehlah saya berdiri sendiri dalam bidang yang saya ceburi ini . doa  kalian semua amat berharga dan amat diperlukan .

   untuk melawati pages di facebook , bolehlah terus ke iman satin shawl ( pages butik kami) , AIN IMAN BOUTIQUE (web rasmi ) , dan blogshop kami sedang dinaiktaraf iaitu ainimanboutique.blogspot.com dan ainimanboutiquecollection@blogspot.com . untuk lebih lanjut bolehlah terus ke pages butik kami :)

   back to our topic , butik kami menyediakan borong mini kurung saloma peplum hanya untuk 100 pasang sahaja disetiap batch . untuk borong minimun hanya 10 pasang berharga rm110 perpasang , 20 pasang berharga rm100 perpasang dan 30 pasang keatas rm90perpasang :) harga kami sangat murah . material kami crepe moss lycra korean . colour boleh request dan size berdasarkan carta size company butik kami . untuk maklumat lebih lanjut sila sms 0199689805 or whatsapp , ataupun email kepada pihak kami ainimanboutique@yahoo.com :)


Monday, December 31, 2012

Alhamdulillah ....




  lama saya diam dan membisu dari blogging and malam ini , detik ini dengan izin dariNYA saya mula aktif dalam berblogging balik . syukur kepadanya masih bernyawa hingga detik ini . alhamdulillah , alhamdulillah  , alhamdulillah . terlalu banyak nikmat yang diberikan kepada kita . adakah kita bersyukur ? adakah kita angkuh kepadanya ? Allahuakbar , ampunkan dosa hambamu ini ya Illahi .

  sesaat dalam hidup kita sangat penting , penting untu kita terus mengumpul bekal untuk kembali ke tempat abadi dan hakiki iaitu di akhirat . bersediakah kita ? layak kah kita ke syurgaNYA ? ALlahurabbi .  masih belum terlambat untuk kita bertaubat dan bertaubatlah dari sekarang , ucaplah alhamdulillah kerana masih berpeluang untuk sujud kepadanya . terima kasih tuhan ku :)

  bukankah ALLAH itu maha pengampun , buktinya

“Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah membuka tangan-Nya pada malam hari supaya orang yang melakukan kejahatan pada siang hari bertaubat, dan Dia membuka tangan-Nya di siang hari supaya yang melakukan kejahatan pada malam hari bertaubat hingga matahari terbit dari barat.” (HR Muslim)

berbermakna Allah sentiasa mengampunkan umatnya sehinggalaah matahari terbit dari barat yakni hari kiamat , ucaplah alahamdulillah kawan kawan sekalian kerana Allah  sayangkan kita semua . bersyukurlah dan bersyukur .

   setiap terbinanya sebuah masjid iaitu dengan bernikah , Allah telah janjikan kebahagiaan dan rezeki yang melimpah limpah . bersyukurlah . Allah itu maha adil . dimana Allah berfirman 

"lelaki yang baik untuk wanita yang baik"

bermaksud jadilah dirimu seorang yang beriman , dan yakinlah Allah akan hantarkan kepadamu pasangan yang juga beriman . ucaplah Alhamdulillah . ucaplah wahai sahabat , janganlah kamu ingkar akan perintahnya , jangan lah kamu angkuh . ingatlah , segala yang kamu miliki hanya lah pinjaman dariNYA , kamu tidak punya apa apa. 


allahurabbi , sekadar renungan di tengah malam . semoga dakwah kecilan saya ini mampu mengubah hati seseorang menjadi lebih lembut untuk terus bersujud kepadanya . ALLAHUAKBAR ! 

Wednesday, November 21, 2012

AIN IMAN FEAT NORA DANISH




Hello semua . before kita start dengan topik kita hari nie. ayuh lah kita berdoa keja je . okey , sama sama doa [YA ALLAH, HANCURKANLAH YAHUDI DAN SELAMATKANLAH BUMI GAZA.AAMIIN] . baiklah , back to our topik . maaflah , terlalu lama menyepi , bukan hape nak suruh korang rindu je . biasalah si kenik ain iman nie perasan orangnye . kepada followers mohonlah cakap saya ni kiut lagi cantik macam nora danish . ahaksss !

  ehem ehem ehem ! lets see topiks . nora danish tersangatlah sinonim dengan kemanjaannye dalam AKU TERIMA NIKAHNYA bagai . meletop baq ang ! mama gojes ! so today adalah si pendek lagi rendash nie yang kiut macam hello kitty nie nak membajetkan diri jadi cik puan NORA DANISH .

    lets see, adalah dua tiga lapan hari lalu , cik iman yang tak tahu erti malu ini membajetkan diri buat muka kiut metap metap macam kak nora kita nyh . biase lah .. jiwa wanita gitu . ahakss! tapi tak jadik pun . keredhaan melanda diri ini. mohon tutup mata kalau tak suka . sekian :)


she is mama gojes , nora danish !

and she....




.

.
.

.
.
.
.
inilah budak bajet itu . namanya AIN IMAN .


same tak ? same tak ? mohon jangan ade yang muntah hijau lagi pinky . siaran kat sini tak okey . """"""""""" bye :)

Wednesday, September 12, 2012

BERGURAU ? JADI MESRA ATAU MUSUH ?




  selamat petang para penghuni bumi malaysian dan di mana jua berada . dah lama tak hupdate muka buku . sumpah tak ada mood nak bukak belog ni . tapi iman gagahkan jua sampai muntah pinky winky nak hupdate belog nyh . by the way iman sendiri dah didedahkan dengan cara bergurau dengan lurus dan straight . oleh kerana dek korang yang comel comel dan kacak kacak nie tak tahu cara bergurau ni so iman sharing tau !

    korang tahu tak kalau kita nie niat nak bergurau dengan cik kak dan cik abang serta cik adik jua , kita hingat kita nak eratkan hubungan isi dengan kulit je kan tapi carta kita bergurau tu tak elok then boleh jadi gaduh , kalau gaduh manje itu sungguh ohsem kau dik tapi kalau gaduh hentam dengan kerusi kat kopitiam tu lagu mane pulak ? so meyh kita hayati garis pandaun bergurau ! jangan malas nak carik ilmu . carik , kejar sekali yee.. !



Umumnya garis panduan bergurau dan jenaka dalam Islam adalah seperti berikut:
1) Jangan berdusta.
Contoh yang mashyur ialah ramai yang berjenaka dengan cara mengenakan rakan mereka dengan ’April Fool’.Akibatnya ada yang merasa sakit hati atau terguris perasaan. Jadi tujuan sebenar bergurau tidak tercapai kerana ada yang merasa dirinya tertipu. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa!” (AbuDaud)
2) Jangan menjatuhkan maruah orang lain.
Rasulullah saw pernah bersabda, maksudnya: “Cukuplah keburukan bagi seseorang yang menghina saudaranya sesama muslim.” (Muslim)
3) Berpada dan sederhana.
Rasulullah saw pernah bersabda: “Janganlah kamu banyak tertawa, kerana banyak tertawa itu dapat mematikan hati.” (Tirmizi). Hadis ini bukan melarang ketawa kerana ketawa adalah fitrah manusia. Yang dilarang adalah banyak ketawa. Saidina Ali r.a pernah berkata: “Berilah jenaka dalam perkataan dengan ukuran seperti anda memberi garam dalam makanan. Said bin Ash telah memberi nasihat yang baik dalam perkara ini seperti katanya: ”Sederhanalah engkau dalam bergurau kerana berlebihan dalam bergurau dapat menghilangkan harga diri dan menyebabkan orang-orang bodoh berani kepadamu, tetapi meninggalkan bergurau akan menjadi kakunya persahabatan dan sepinya pergaulan.”
4) Jangan sampai menakutkan.
Rasulullah saw telah bersabda maksudnya: “Tidak halal bagi seseorang menakut-nakutkan muslim yang lainnya (At-Thabarani)
5) Sesuai dengan masa dan tempat.
Tiap-tiap sesuatu ada tempatnya, tiap-tiap keadaan ada (cara dan bentuk) perkataannya sendiri. Allah swt mencela orang-orang musyrik yang tertawa ketika mendengarkan al-quran padahal seharusnya mereka menangis seperti maksud firmannya:
“Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis sedang kamu melengahkannya (An-Najm:59-61)
Di samping menjaga syarat-syarat di atas, gurauan yang kita lakukan mestilah dapat diterima oleh fitrah yang sejahtera, diredhai akal yang waras dan secocok dengan tatasusila kehidupan masyarakat yang positif dan kreatif.
Sekian
WallahuA’lam
Rujukan:
1) Dr. Yusof Al-Qaradhawi, Al-Mujtama’ Al-Muslim Allazi Nansyuduhu.
2) Dr. Yusof Al-Qaradhawi, Halal dan Haram dalam Islam.
3) Pelbagai.
Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS


   confirmlah lepas nie korang bergurau selembut sotong yer kawan kawan semua ! sekian saje , iman angkat kaki dulu . assalamualaikum ^__^


Monday, August 13, 2012

HEBAT JADI ISTERI !




mung bangung pagi , mung gerok suami ,
mung ajok suami berjemooh , mung jd makmung ,
mung masok , mung gosok baju suami ,
mung sedie kasut stokeng untuk suami ,
mung kuca tea , mung ato suami ke pitu pago , mung cium tangang ye ...

mung mitok maah ...
mung dok rehak ...

mung basoh baju pulok , mung pon lipak baju ,
mung kene tunggu van ikang pulok , mung beli laok maok ,
mung masok pulok , mung siang ikang ,
mung potong sayor , mung ggoreng ...

mung letih ...
mung dok rehak ... 

tengohari , anok anok balik ,
anok tu lepo beg ngate , mung sabo ,
anok tu wak bising , mung redho ,
anok tu wak hhanya , mung senyum ,
anok tu nangih , mung tetak manih ...

mung taboh ...
mung dok rehak g ...

mung hidang makang tengohari ke anok ,
mung tukang suap , mung tukang basuh ,
mung tukang lap , mung tukang kkemah ...

sapa petang ...
mung dok rehak ...

suami pulok balek , mg belari cium tangang ye ,
mg mitok maah , mg hidang ke dye minung petang ,
mung bagi senyumang ke ye , mung hiborkang ati ye ...

mung letih ...
mung nyando tepi meseng nyo ...

garib tibe , mung ajok suami g ddengo kuliah ,
mung sedie juboh suami , mung sarong ppioh suami ,
mung hiborkang lagi , lagi dan lagi ...

mlm tibe , mung jd permaysuri ,
mung bahagiakan suami , mung jd bidadari ...

dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge ...


*hebak mung orang ppuang ... :)



#OHHHHH ~~~ syurga di bawah tapak kaki suami ... via MR. HUSBAND