Wednesday, September 12, 2012

BERGURAU ? JADI MESRA ATAU MUSUH ?




  selamat petang para penghuni bumi malaysian dan di mana jua berada . dah lama tak hupdate muka buku . sumpah tak ada mood nak bukak belog ni . tapi iman gagahkan jua sampai muntah pinky winky nak hupdate belog nyh . by the way iman sendiri dah didedahkan dengan cara bergurau dengan lurus dan straight . oleh kerana dek korang yang comel comel dan kacak kacak nie tak tahu cara bergurau ni so iman sharing tau !

    korang tahu tak kalau kita nie niat nak bergurau dengan cik kak dan cik abang serta cik adik jua , kita hingat kita nak eratkan hubungan isi dengan kulit je kan tapi carta kita bergurau tu tak elok then boleh jadi gaduh , kalau gaduh manje itu sungguh ohsem kau dik tapi kalau gaduh hentam dengan kerusi kat kopitiam tu lagu mane pulak ? so meyh kita hayati garis pandaun bergurau ! jangan malas nak carik ilmu . carik , kejar sekali yee.. !



Umumnya garis panduan bergurau dan jenaka dalam Islam adalah seperti berikut:
1) Jangan berdusta.
Contoh yang mashyur ialah ramai yang berjenaka dengan cara mengenakan rakan mereka dengan ’April Fool’.Akibatnya ada yang merasa sakit hati atau terguris perasaan. Jadi tujuan sebenar bergurau tidak tercapai kerana ada yang merasa dirinya tertipu. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa!” (AbuDaud)
2) Jangan menjatuhkan maruah orang lain.
Rasulullah saw pernah bersabda, maksudnya: “Cukuplah keburukan bagi seseorang yang menghina saudaranya sesama muslim.” (Muslim)
3) Berpada dan sederhana.
Rasulullah saw pernah bersabda: “Janganlah kamu banyak tertawa, kerana banyak tertawa itu dapat mematikan hati.” (Tirmizi). Hadis ini bukan melarang ketawa kerana ketawa adalah fitrah manusia. Yang dilarang adalah banyak ketawa. Saidina Ali r.a pernah berkata: “Berilah jenaka dalam perkataan dengan ukuran seperti anda memberi garam dalam makanan. Said bin Ash telah memberi nasihat yang baik dalam perkara ini seperti katanya: ”Sederhanalah engkau dalam bergurau kerana berlebihan dalam bergurau dapat menghilangkan harga diri dan menyebabkan orang-orang bodoh berani kepadamu, tetapi meninggalkan bergurau akan menjadi kakunya persahabatan dan sepinya pergaulan.”
4) Jangan sampai menakutkan.
Rasulullah saw telah bersabda maksudnya: “Tidak halal bagi seseorang menakut-nakutkan muslim yang lainnya (At-Thabarani)
5) Sesuai dengan masa dan tempat.
Tiap-tiap sesuatu ada tempatnya, tiap-tiap keadaan ada (cara dan bentuk) perkataannya sendiri. Allah swt mencela orang-orang musyrik yang tertawa ketika mendengarkan al-quran padahal seharusnya mereka menangis seperti maksud firmannya:
“Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis sedang kamu melengahkannya (An-Najm:59-61)
Di samping menjaga syarat-syarat di atas, gurauan yang kita lakukan mestilah dapat diterima oleh fitrah yang sejahtera, diredhai akal yang waras dan secocok dengan tatasusila kehidupan masyarakat yang positif dan kreatif.
Sekian
WallahuA’lam
Rujukan:
1) Dr. Yusof Al-Qaradhawi, Al-Mujtama’ Al-Muslim Allazi Nansyuduhu.
2) Dr. Yusof Al-Qaradhawi, Halal dan Haram dalam Islam.
3) Pelbagai.
Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS


   confirmlah lepas nie korang bergurau selembut sotong yer kawan kawan semua ! sekian saje , iman angkat kaki dulu . assalamualaikum ^__^